Sunday 11 November 2012

dah cuti sekolah....

hmmm...., cepat benar masa berlalu, dah habis sesi persekolahan tahun 2012.
alhamdulillah... siap jugak semua kerja

hari ni ikut abang ke kerteh, duduk kerteh la kot cuti sekolah ni, tapi yang x syoknya rumah kat sini x de apa-apa, kosong je, dah la besar, bilik ada 6 tapi dia orang semua x nak ikut, adik je yang nak teman ibu.
lapar..., nak masak dapur x ada, ,,nak kena beli la agaknya, tapi rasa membazir pulak... seskali je datang sini.

Monday 21 May 2012

Rumah baru


Dah siap... except for the gate. Insyaallah cuti sekolah ni boleh la masuk. X sabar pulak rasanya.. hadiah dari abang yang paling special.. Thanx my beloved hubby.Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kita.

Saturday 14 April 2012

penat..

sedar tak sedar dah bulan april dah..., lama tak tengok blog sampai lupa macam mana nak tulis kat sini..
nasib baik ada cikgu..
tahun 2012 setakat ni sangat memenatkan, masa sangat cepat berlalu, macam-macam perkara terjadi...
rumah baru sepatutnya masuk bulan mac terpaksa delay lagi.. x pe la, abang pun dh pindah ke kerteh,
pergi sekolah pagi-pagi kena hantar adik dan abang chik, lepas tu kena pecut ke sekolah.., mesti sampai jam 7 15, tapi aku selalu la tak on time..7 20 baru terhegeh2, senyum je la, nak buat macam mana... itu je yang termampu, itu pun dia orang breakfast dlm kereta dah..
harap harap lepas ni, rutin ni boleh dianjakkan sikit la.. bagi tenang sikit pagi2.
hmm okay la, dah kena ambik chik kat tuisyen dah..

Wednesday 18 May 2011

alhamdulillah

Hari ni 18 mei, result matrik keluar, akhirnya dapat juga abang ngah mengekalkan keputusannya, 4.0.
 Hai... budak zaman sekarang, buat sikit terus nak minta reward, nak hadiah. Nasib baik abah sporting, terus bagi hadiah. Ibu tak ada apa , senyum sampai telinga..je.  and alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi.
harapan ibu agar akhlak dan sahsiah juga kekal cemerlang.
Sekarang abah pulak yg dalam dilema, nak suruh masuk utm ke atau um, tapi yang pastinya kena ambik electrical engineering.
 Apa-apapun, pesan ibu, jangan tinggalkan solat, dan cubalah buat  yang terbaik dalam apa-apa tindakan kita.
Wish U all the best and may Allah bless us always. amiin.

Sunday 10 April 2011

damai resort



my dream house, insyaallah will be accommodated by the end of the year.
konsep: damai dan tenang

trial je

weekend yang tidak begitu menyeronokkan.
abang outstation, tinggal kami berempat kat rumah, macam orang patah kaki je.
lepas tengok F1, keluar buat grocery.
Esok abang ngah exam, ibu doakan agar semuanya berjalan dengan baik,
dapat jawab exam dengan hati yang tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang.